Tuesday, December 14, 2010

DOA MENGELAKKAN DIRI DAN ANAK DARI DIROGOL

Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol


Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol


Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Saturday, October 23, 2010

Laluan Dunia Sekarang...

Assalamualaikum,

Menulis di ruangan yang sikit nie, untuk dikongsi bersama semua umat manusia di alam semesta ini. aku mendengar, melihat, mengkaji, dan lebih drastik apabila aku telah menasihati. Apabila terdapat segelintir umat yang masih...masih...masih...mempersoalkan dan mempermainkan hukum islam....aku tidak mengatakan bahawa aku adalah seorang yang kuat iman kerana sesungguhnya keimanan seseorang hanya diukur oleh ALLAH S.W.T.

Sukar untuk melemparkan sebarang fitnah dan tuduhan tetapi itulah hakikat ...bagaimana hendak menghadapi keimanan sekiranya anda berdepan dengan situasi yang amat sukar..sukar...sukar sekali. Cuba dibayangkan bahawa keluarga (yang bernama keluarga tentunya umat islam bukan, kerana kita adalah sesama saudara) memakai skirt, seluar ketat, baju jarang, t-shirt pendek, itu kehendak pemakaian...bagaimana pulak kalau mewarna kuku, mewarna rambut, mencukur kening, katanya mengikut peredaran zaman, sebagai hamba ALLAH, jiwa dan raga ku tersiksa lebih-lebih lagi apabila keluarga ini tiada lagi rasa hormat terhadap islam.

Tidak mahu dikatakan aku cukup lengkap...tetapi sekurang-kurangnya aku tidak lari dari akidahku. Memakai tudung...apabila pulang ke kampung tudung disemat rapi...tetapi apabila pulang ke bandar, tiada tudung lagi. Istilah tudung hanya sekadar fesyen, benarkah? bukankah ALLAH menyuruh hambanya menutup aurat. Dihadapan kami cukup baik orangnya tetapi disebaliknya hidup diselubungi dengan dosa. Sesetengah umat mengatakan kami yang menasihati ini sebagai berdosa kerana menjaga tepi kain orang tetapi adakah kami hanya perlu melihat sahaja dan membiarkan jiwa dan raga ini memberontak seolah-olah dirobak membiarkan syaitan atau Iblis itu menang sahaja.

Tidak dinafikan juga sungguh lembut lidahnya bila berkata-kata. Pernah dinasihati kerana minum arak tetapi tiada taubat nasuha yang dibuat. Kemana takutnya umat manusia ini pada ALLAH S.W.T. Lebih aku takut melihat apabila setiap jejak langkah yang dibuat lebih kepada duniawi. Aku takut, lebih takut aku lama kelamaan akan lemah kepada keluarga ini. Yang penuh dengan dosa tetapi berselindung.

Orang Tua (Ibu Bapa) sudah tiada dalam kamus hidup lagi, suami yang malas bekerja, tidak solat, main judi, itu yang dipandang mulia. Suami yang tidak bertanggungjawab lebih dipandang mulia. Bapa mungkin juga dia sudah malas menasihati atau dia memang tidak ambil berat mengenai akidah anaknya sendiri. Aku masih pelik tetapi benar belaka...kerana ianya berlaku di hadapan ku. Seorang bapa tunduk hanya kerana anaknya telah memberikan wang yang boleh menyenangkan hidupnya. Tetapi salah ke seorang bapa...mungkin dia tiada upaya untuk melakukan apa2 atau memang dia tidak kuatkan imannya.

Ya ALLAH,

Lebih dikesali umat lain turut mengikuti jejak langkahnya..menipu, menjadi talam dua muka. arrggghhhh.. sengsara jiwa seorang hamba melihat Syaitan dan Iblis menang dalam pertarungan ini tetapi aku masih belum berhenti bertarung. Dengan doa dan kekuatan, aku ajarkan umat yang dekat dengan ku untuk terus solat, mengaji dan berdoa semoga dia diberi kekuatan untuk lebih dekat dengan ALLAH. Supaya dia ingat akan ibunya yang telah bertarung lama...tetapi ALLAH lebih menyayanginya dahulu. Akhirnya perjuangan ini perlu aku teruskan, aku harap keluarga ini akan cepat sedar, kerana dia mempunyai zuriat yang perlu diperbaiki akidahnya.

Pergaulan bebas...seperti di dalam satu rumah ada yang bukan muhrim juga sangat2 aku kesali, namun apa yang boleh aku lakukan...melihat, mendengar. Lebih menyedihkan hati aku sebagai umat islam terpaksa berpura-pura tidak mengetahui dan tidak mengambil maklum apa sahaja yang umat ini lakukan, erti kata lain tidak 'busy body'. Inilah dunia islam kita sekarang. Walau bagaimanapun, akan ku kongsi ngan sahabat seluruh dunia sedikit sebanyak yang ku ketahui tentang islam....marilah sama-sama kita berharap supaya kita juga tidak tergolong di kalangan yang lalai.